Well assalamualaikum and very good evening..today I would like to talk about "KERJA".
Sekarang ni maybe ada yang dah tahu ada yang belom kan? So nak bagitau kat sini aku sekarang kerja dengan TNB tapi bukan staff ye. Cuma sebagai pelatih. Pelatih SL1M yang tak berapa slim sangat lah. Korang yang takde keje tu boleh lah apply SL1M ni sebab korang tak buat apa pun duit masuk hujung bulan. Bagus kan? hahahaha...
Kat sini aku nak cerita balik perjalanan hidup aku macam mana boleh termasuk dalam SL1M ni. ceritanya bermula begini....tersebut la kisah~(syair dulu)..ok sambung kat bawah..
Tanggal tahun lepas, selepas aku habis belajar aku nak cari kerja. Alah, cari kerja yang dekat-dekat je dengan rumah. Tapi semua tak kesampaian sebab aku malas nak keluar rumah (jangan cop aku pemalas eh, aku rajin kat rumah tau) cari kerja. Kalau boleh memang nak apply balik keje dulu. Jadi cashier je senang tapi sakit sikit la. Dan maybe paling tak best dapat staff yang tak best pulak kan. Tu yang risau tu.
Bila dah berbulan-bulan takde keje, aku pun berniat nak buat online bisnes. Taklah buat bisnes jual barang terus, aku apply jadi dropship je. jadi dropship komisen banyak mana je kan..tapi ade sekali tu aku jual, alhamdulillah banyak untung masuk. Jadi, aku dah tanam impian aku nak bukak bisnes sendiri. Time ni aku kira macam nak tunggu konvo jugak. Aku konvo bulan Disember tahun lepas. Habis belajar bulan 7 gitu. Kira la berapa lama aku menganggur kat rumah.
Then, bapak aku pun dah start bising sebab aku dok nonggok je kat rumah. Aku bukan tak cari, aku memang ada cari. Tapi kebanyakannya kat KL. Nak mai KL pun fikir dua tiga kali jugak. Kalau tanya kat bapak aku confirm dia tak bagi sebab aku tak biasa ke sana lagi. Satu hari tu, bapak aku tetiba bagitau aku mohon SL1M. Aku memula tak tau pekebenda natang SL1M tu. Yelah, baru je dengar.
Bapak aku suruh aku mohon SL1M TNB. Aku pun apply la sebab dah takde choice dah. Apply pun macam bodoh-bodoh je isi. Aku mohon bulan November 2014 dan aku mohon masa tu dah nak tutup tarikh dah. Bila dah mohon tu aku cer la try google SL1M ni pasal apa.
Dalam bulan 1 camtu, aku dapat emel dari TNB yang nyatakan aku dapat interview untuk SL1M ni. Aku bagitau bapak aku then bapak aku bagi pergi. Aku stay rumah sewa adik aku yang bapak panas giler kat Keramat. La ni dah pindah kat kondo kat Gombak.
Bila tiba hari interview tu, aku dah cuak gak sebenarnya sebab tak tau nak bajet masa sampai ke Dua Sentral (bangunan TNB). Aku naik LRT turun kat LRT Pasar Seni then ambik teksi. Aku bajet jauh la kan Dua Sentral dari Pasar Seni, rupanya jalan 15 minit dah sampai. Uncle teksi tu kenakan aku RM10 padahal RM3 sepatutnya. Kuajaq betol uncle teksi C*** tu. Sampai je terus pegi tingkat 8. Bagi sijil semua sekali pastu dengar briefing. Ramai jugak budak-budak yang dapat interview tu.
Aku jadi orang pertama di'interview' oleh TNB. Time interview tu just macam interview biasa. Kita cuma ceritakan je apa yang ada dalam resume tu. Dia takde tanya pun pasal company background bagai. Sebab benda tu semua kita akan belajar kat ILSAS nanti. Aku interview time tu guna bahasa rojak je. Aku tanya gak bila boleh tau result interview tu. Depa kata bulan 2 boleh dapat tau. okey..
Then, tunggu punya tunggu macam takde pape. Rasa macam tak dapat je pulak. Tup tup dah nak hujung bulan 2 tu, dapat emel dari TNB yang nyatakan aku dapat SL1M. So, kena daftar kat ILSAS. Hepy gak la time tu sebab dapat keluar dari rumah. hehehe..
Kami kena stay kat ILSAS sebulan. So, macam-macam benda baru kita belajar. Sepatutnya 200 orang datang tapi yang datang tak sampai pun 200. Sebelum tu, SL1M ni untuk setahun punya kontrak. Berbaloi la gak sebab TNB bagi elaun banyak gak. So, kat ILSAS la macam-macam kita kenal. Kawan baru, environment baru dan banyak lagi lah.
Habis sebulan kat ILSAS, kitorang kena OJT (On Job Training) kat tempat yang dah ditentukan oleh HR. So, kita memang takde choice nak pilih tempat OJT yang kita nak lah. Aku dapat kat Dua Sentral bahagian unit Cukai. Yang tak best bagi aku, department yang aku tak nak tu la aku dapat. Lagi tak best bila depa kat department tu tak tau pun aku nak masuk unit tu. Pffttt..
Until now, aku bertahan kat department yang sama. Sekarang ni aku nekad nak buat rotation kat department lain pulak. Boring lah dok department yang sama sebab aku masuk ni pun nak tambah ilmu dan skill aku. Kalau terperap tempat sama, tak syok la kan. Sekarang ni jugak aku dah apply tempat kerja lain sebab nak confirm serap dalam TNB ni memang tak confirm la kan. So macam ni la keje aku. Kejap ade keje kejap nonggok. Hmmmm...
Next post aku akan citer momento di ILSAS bulan lepas dan di OBM. Time di ILSAS dan OBM memang best! k bai assalamualaikum... :)
p/s: sape yang tau ade keje kosong mai habaq che na.
So dkrg ni ko da abis ke? Dpt x koje tnb...hihihi
ReplyDelete*skrg...typo dol
ReplyDeleteSo dkrg ni ko da abis ke? Dpt x koje tnb...hihihi
ReplyDeleteskrg belom habis lagi. otw nak habis lagi berapa bulan je lagi. tak sabar.hahaha
DeleteSalam..nak tanye..sebelum ke Ilsas, ade ape2 yg perlu peserta sediakan selain dokumen dan barang keperluan?
ReplyDeleteSelain tu, bagi peserta dari jauh (luar selangor), diorang benarkan x peserta bawa kenderaan masuk sepanjang tempoh latihan?
salam..awak dapat SLIM ke?? peserta bawak je dokumen yang diperlukan dan barang2 keperluan untuk stay sana selama sebulan. untuk transport, diorang benarkan untuk bawa kenderaan sendiri. ade parking disediakan. makanan dan penginapan disediakan. good luck!
Deletesalam..awak dapat SLIM ke?? peserta bawak je dokumen yang diperlukan dan barang2 keperluan untuk stay sana selama sebulan. untuk transport, diorang benarkan untuk bawa kenderaan sendiri. ade parking disediakan. makanan dan penginapan disediakan. good luck!
DeleteSalam, tumpang tanya. Kalau dah setahun dua kerja pastu tetiba menganggur. Boleh tak join sl1m? Huhu tq
ReplyDeleteinsyaAllah boleh..try la mintak. mana tau awak bernasib baik. ggod luck! :)
DeleteSalam, nk tnya.. kalo dpt email dr slim, yg dia dah prepare borang pmeriksaan kshatan tu, kene iv lg tak.. bfore dis, da pg iv dah.. tq ya..
ReplyDeleteSalam, nk tnya.. kalo dpt email dr slim, yg dia dah prepare borang pmeriksaan kshatan tu, kene iv lg tak.. bfore dis, da pg iv dah.. tq ya..
ReplyDeletexde..xpayah iv lagi
DeleteDah hbis latihan SL1M ke? macam mana, senang x dapat kerja baru?
ReplyDeletesalam, nak tanya yup, interview gune inggeris or BM?
ReplyDeletedan
soalan ape yg ditanye oleh interviewer?
bole bagi tips x?
dapat kerja ke masa lps program? brpa lama ye? hmmm sy dilemma..igt nk tgu dlm 6 bulan..klo xde kja panggil sy masuk la slim...
ReplyDeleteMasa dpt ojt dekat dua sentral tu awak stay mana
ReplyDeleteSalam, dulu awak ojt di tnb dua sentral menyewa di mana? Saya dapat ojt di tnb dua sentral. Tengah pening cari bilik/rumah sewa.
ReplyDeleteSalam, dulu awak ojt di tnb dua sentral menyewa di mana? Saya dapat ojt di tnb dua sentral. Tengah pening cari bilik/rumah sewa.
ReplyDeleteSalam...hai...nk tny...OBM tu bt masa satu bulan di ILSAS tu ke? Bkn leps OJT?
ReplyDeleteSalam..hai..jadi sekarang kerja apa? Ada ke kawan2 yg sama batch dapat serap as contract staff ke? Permanent?
ReplyDelete