Tuesday, 29 September 2015

:')

Congrats my friend! I pray for your happiness. Maybe I just one step late to hold you.

Congrats again! :')

Monday, 21 September 2015

.....

Tiba-tiba rasa rindu dengan seseorang. Sekejap tadi baru je godek-godek whatsapp. Lepastu ternampak nama someone ni. Rindu tetiba muncul kat dia. Sebab dulu dia je yang ade dekat ngan aku time aku sorang-sorang masa praktikal kat seremban 2 tahun lepas. Dia suka ajak aku keluar tapi aku ni jenis yang tak suka keluar rumah. Aku keluar rumah pun bila perlu je. Bila mood aku nak jenjalan sampai.

Macam dia suka ajak aku tengok wayang. Aku suka tengok wayang tapi tak suka selalu sangat tengok. Lagipun aku ni jenis tak tahan sejuk. Kang aku peluk dia kang, lain macam pulak jadi karang.hahahaha..

Cuma itulah, sekarang ni rasa rindu kat dia tetiba.hehehe

Monday, 14 September 2015

Sakit hati~

Pernah tak rasa sakit hati bila orang bagi kau harapan yang setinggi gunung tapi last minute harapan tu hancur lebur??? Kira macam orang bagi kau duit 2.6 billion and then dia ambik balik duit tu??

Itu yang aku rasa sekarang ni. Memang boleh mendatangkan marah aku ni. Ini kalilah dah masuk kali kedua aku terkena harap-harapan ni. First, dengan member sendiri. Sampai sekarang aku tak contact dia walaupun aku dah maafkan.

Second, semalam. Supposed today aku kena lapor diri kat Bangsar sebab aku dapat ditukarkan ke unit lain. Tup-tup semalam hari yang menyakitkan hati aku. Sepatutnya aku kena tunggu surat dulu daripada pihak HR sebab nak kena ada approvement la kan. Citernye camni..

Minggu lepas, aku request untuk rotate ke unit lain sebab dah setengah tahun aku dalam unit yang sama je. So, HR cakap aku dapat dan lapor diri 15hb (hari ni). Cuma aku kena tunggu surat dari HR. Tunggu punya tunggu macam takde pape surat pun dia bagi. Then, semalam aku try kol HR.

Bila dah kol, aku tanya la pasal surat confirmation tu kan. Tetiba terus dia cakap tak jadi. TAK JADI?! Means tak jadi rotate. Aku still kekal dalam unit cukai. WTH!! Aku rasa macam nak manyumpah-sumpah je HR ni. Cakap tak serupa bikin. Aku tanya la kenapa. Dia cakap boss dekat unit tu tak nak terima orang lagi. Aku macam..pffttt..


Tu pun nasib baik lah aku call dia dulu. Kalau aku datang menonong je hari ni kat Bangsar, lagi lah malu. So now aku dah boleh calm down. Cuma kalau ingat balik memang rasa sakit hati. Sekarang ni aku perlu cari kerja lain yang aku boleh gain knowledge aku. That’s all.

This is my destiny~


Found myself today
Oh I found myself and ran away
Something pulled me back
The voice of reason I forgot I had
All I know is you're not here to say
What you always used to say
But it's written in the sky tonight

Seen that ray of light
And it's shining on my destiny
Shining all the time
And I wont be afraid
To follow everywhere it's taking me
All I know is yesterday is gone
And right now I belong
To this moment to my dreams

So I won't give up
No I won't break down
Sooner than it seems life turns around
And I will be strong
Even if it all goes wrong
When I'm standing in the dark I'll still believe
Someone's watching over me

It doesn't matter what people say
And it doesn't matter how long it takes
Believe in yourself and you'll fly high
And it only matters how true you are
Be true to yourself and follow your heart

:~ This song really inspired me to be strong in this life :)

Thursday, 10 September 2015

Alhamdulillah

Alhamdulillah..Terima kasih ya Allah.

Allah perkenankan doa aku untuk bertukar department yang baru. InsyaAllah minggu depan dah boleh start kat department baru.Aku harap semuanya dipermudahkan. Banyak kerja tak apa jangan tak ada kerja langsung. Cuma bertabahlah wahai kawanku yang tak dapat tukar deparment. Huhu..

Aku dapat pun atas usaha aku sendiri. Bukan lah sebab aku tak suka department yang aku bekerja sekarang ni cuma nak dapatkan ilmu baru di tempat lain. Yelah, ni aku dah 6 bulan lebih di Dua Sentral buat benda yang sama. Lepas ni ke Bangsar pulak untuk bulan yang selebihnya.

Alhamdulillah. :)

Tuesday, 8 September 2015

KERJA

Well assalamualaikum and  very good evening..today I would like to talk about "KERJA".



Sekarang ni maybe ada yang dah tahu ada yang belom kan? So nak bagitau kat sini aku sekarang kerja dengan TNB tapi bukan staff ye. Cuma sebagai pelatih. Pelatih SL1M yang tak berapa slim sangat lah. Korang yang takde keje tu boleh lah apply SL1M ni sebab korang tak buat apa pun duit masuk hujung bulan. Bagus kan? hahahaha...

Kat sini aku nak cerita balik perjalanan hidup aku macam mana boleh termasuk dalam SL1M ni. ceritanya bermula begini....tersebut la kisah~(syair dulu)..ok sambung kat bawah..

Tanggal tahun lepas, selepas aku habis belajar aku nak cari kerja. Alah, cari kerja yang dekat-dekat je dengan rumah. Tapi semua tak kesampaian sebab aku malas nak keluar rumah (jangan cop aku pemalas eh, aku rajin kat rumah tau) cari kerja. Kalau boleh memang nak apply balik keje dulu. Jadi cashier je senang tapi sakit sikit la. Dan maybe paling tak best dapat staff yang tak best pulak kan. Tu yang risau tu.

Bila dah berbulan-bulan takde keje, aku pun berniat nak buat online bisnes. Taklah buat bisnes jual barang terus, aku apply jadi dropship je. jadi dropship komisen banyak mana je kan..tapi ade sekali tu aku jual, alhamdulillah banyak untung masuk. Jadi, aku dah tanam impian aku nak bukak bisnes sendiri. Time ni aku kira macam nak tunggu konvo jugak. Aku konvo bulan Disember tahun lepas. Habis belajar bulan 7 gitu. Kira la berapa lama aku menganggur kat rumah.

Then, bapak aku pun dah start bising sebab aku dok nonggok je kat rumah. Aku bukan tak cari, aku memang ada cari. Tapi kebanyakannya kat KL. Nak mai KL pun fikir dua tiga kali jugak. Kalau tanya kat bapak aku confirm dia tak bagi sebab aku tak biasa ke sana lagi. Satu hari tu, bapak aku tetiba bagitau aku mohon SL1M. Aku memula tak tau pekebenda natang SL1M tu. Yelah, baru je dengar.

Bapak aku suruh aku mohon SL1M TNB. Aku pun apply la sebab dah takde choice dah. Apply pun macam bodoh-bodoh je isi. Aku mohon bulan November 2014 dan aku mohon masa tu dah nak tutup tarikh dah. Bila dah mohon tu aku cer la try google SL1M ni pasal apa.

Dalam bulan 1 camtu, aku dapat emel dari TNB yang nyatakan aku dapat interview untuk SL1M ni. Aku bagitau bapak aku then bapak aku bagi pergi. Aku stay rumah sewa adik aku yang bapak panas giler kat Keramat. La ni dah pindah kat kondo kat Gombak.

Bila tiba hari interview tu, aku dah cuak gak sebenarnya sebab tak tau nak bajet masa sampai ke Dua Sentral (bangunan TNB). Aku naik LRT turun kat LRT Pasar Seni then ambik teksi. Aku bajet jauh la kan Dua Sentral dari Pasar Seni, rupanya jalan 15 minit dah sampai. Uncle teksi tu kenakan aku RM10 padahal RM3 sepatutnya. Kuajaq betol uncle teksi C*** tu. Sampai je terus pegi tingkat 8. Bagi sijil semua sekali pastu dengar briefing. Ramai jugak budak-budak yang dapat interview tu.

Aku jadi orang pertama di'interview' oleh TNB. Time interview tu just macam interview biasa. Kita cuma ceritakan je apa yang ada dalam resume tu. Dia takde tanya pun pasal company background bagai. Sebab benda tu semua kita akan belajar kat ILSAS nanti. Aku interview time tu guna bahasa rojak je. Aku tanya gak bila boleh tau result interview tu. Depa kata bulan 2 boleh dapat tau. okey..

Then, tunggu punya tunggu macam takde pape. Rasa macam tak dapat je pulak. Tup tup dah nak hujung bulan 2 tu, dapat emel dari TNB yang nyatakan aku dapat SL1M. So, kena daftar kat ILSAS. Hepy gak la time tu sebab dapat keluar dari rumah. hehehe..

Kami kena stay kat ILSAS sebulan. So, macam-macam benda baru kita belajar. Sepatutnya 200 orang datang tapi yang datang tak sampai pun 200. Sebelum tu, SL1M ni untuk setahun punya kontrak. Berbaloi la gak sebab TNB bagi elaun banyak gak. So, kat ILSAS la macam-macam kita kenal. Kawan baru, environment baru dan banyak lagi lah.

Habis sebulan kat ILSAS, kitorang kena OJT (On Job Training) kat tempat yang dah ditentukan oleh HR. So, kita memang takde choice nak pilih tempat OJT yang kita nak lah. Aku dapat kat Dua Sentral bahagian unit Cukai. Yang tak best bagi aku, department yang aku tak nak tu la aku dapat. Lagi tak best bila depa kat department tu tak tau pun aku nak masuk unit tu. Pffttt..

Until now, aku bertahan kat department yang sama. Sekarang ni aku nekad nak buat rotation kat department lain pulak. Boring lah dok department yang sama sebab aku masuk ni pun nak tambah ilmu dan skill aku. Kalau terperap tempat sama, tak syok la kan. Sekarang ni jugak aku dah apply tempat kerja lain sebab nak confirm serap dalam TNB ni memang tak confirm la kan. So macam ni la keje aku. Kejap ade keje kejap nonggok. Hmmmm...

Next post aku akan citer momento di ILSAS bulan lepas dan di OBM. Time di ILSAS dan OBM memang best! k bai assalamualaikum... :)

p/s: sape yang tau ade keje kosong mai habaq che na.